SINGAPORE, August 22, 2023/EINPresswire.com/ — FBS, platform perdagangan dalam talian yang terkemuka, telah menghimpunkan Rakaniaga Introducing Brokers (IB) utamanya dari Asia Tenggara untuk satu pertemuan mesra di Singapura. Bertujuan untuk membina hubungan yang lebih kukuh antara jenama tersebut dan pelanggan setianya, pertemuan itu berlangsung seiring dengan perlawanan pramusim antara Leicester City dan Liverpool.
Sebagai Sekutu Rasmi Kelab dan Penaja Rasmi Pakaian Latihan Leicester City Football Club untuk musim 2023/2024, FBS menjemput rakaniaga IB yang sudah lama bersetia dengan mereka untuk menikmati perlawanan pra-musim bersama-sama dan mengakrabkan lagi hubungan dengan jenama FBS. Perlawanan antara Leicester City dan Liverpool menjadi titik permulaan yang menggembirakan pada perhimpunan tersebut, membibitkan suasana yang amat positif antara para perwakilan FBS dan Rakaniaga pada pertemuan makan malam dan makan tengah hari setelah itu.
“Dapat bersua wajah dengan Rakaniaga kami dan bersorak untuk LCFC semasa perlawanan itu, itu sesuatu yang amat menyeronokkan bagi kami,” kata Shamil Amirkhanov, Pengurus Pembangunan Perniagaan untuk FBS Thailand. “Kami bukan sahaja berjaya membincangkan penambahbaikan dalam Program IB FBS dan Sistem Pembayaran Komisen Rakaniaga kami yang baharu, tetapi kami juga berpeluang untuk menzahirkan rasa terima kasih kami kepada para rakaniaga terbesar kami atas kesetiaan dan sokongan mereka kepada jenama FBS. Kami berharap dapat terus memupuk hubungan ini dan membina komuniti perdagangan yang sihat bersama-sama.”
FBS komited untuk menyediakan servis kewangan yang telus dan lancar serta memenuhi keperluan rakaniaga dan pelanggannya untuk mengekalkan hubungan jangka panjang yang ada. Dengan menganjurkan pertemuan seumpama ini, FBS membuktikan kesungguhannya untuk menjadikan kerjasama dengan jenama tersebut andal dan menyenangkan bagi para pedagang.
_______________________
Tentang FBS
FBS adalah sebuah broker antarabangsa yang berlesen dengan lebih 14 tahun pengalaman dan lebih 75 anugerah antarabangsa. FBS semakin berkembang sebagai salah satu broker yang paling diyakini di pasaran, dengan lebih 27 000 000 pedagang dan lebih 500 000 rakaniaga di seluruh dunia. Volum urusniaga tahunan pelanggan FBS melepasi angka $8.9 trilion setahun. Selain dari itu, FBS adalah Sekutu Rasmi Kelab Leicester City.
Pejabat Akhbar
FBS
press@fbs.com
Visit us on social media:
Facebook
Instagram
YouTube
Originally published at https://www.einpresswire.com/article/651334305/fbs-kukuhkan-hubungan-dengan-rakaniaga-ib-dalam-pertemuan-khas-di-singapura